Selasa, 2 Julai 2013

RESEPI~~~KEK DURIAN~~~


***KEK DURIAN***


bahan-bahan

2 1/2 cawan mentega
3 cawan gandum
6 biji telur
1 1/2 cawan gula halus
1 cawan isi durian
1 sdu teh esen vanila
2 sdu teh baking powder
2 sdu besar susu pekat manis
50 ml susu cair


cara2 buat

~mentega n gula dipukul hingga kembang
~masukan esen vanila n telur....pulul lagi
~kmudian masukan isi durian n pukul lg smpai sebati
~masukan susu pekat n susu cair...
~last masukan gandum yg telah di ayak dgn baking powder
~masukan adunan ke dlm loyang, bakar pd suhu 175 drjh c....selama 45 minit- 1 jam
~ bila dh sejuk bleh lah di kluarkan....


~~~SELAMAT MENCUBA~~~

Isnin, 1 Julai 2013

resepi~~~DURIAN CREPE~~~


*** DURIAN CREPE***


bahan-bahan utk crepe

20 gm gandum
20 gm tepung ubi
10 gm kastard
10 gmtepung jagung
1 biji telur
1 sdu besar minyak jagung
1sdu besar gula halus
40 ml susu cair
150 ml air biasa
1 sdu teh esen vanila

cara2 buat

~campurkan smua bahan n kacau hingga sebati
~tapiskan
~boleh lah di bakar dlm kuali


bahan2 inti

isi durian
150 ml fresh cream@ whipping cream 1 kotak

cara2 buat

~pukul fresh cream @whipping cream hingga kental
~ambil crepe tadi n letakan cream n isi durian, letak cream lagi kmudian lipatkan nye biar jdi 4 segi


~~~SELAMAT MENCUBA~~~

~~~resepi***PAVLOVA***~~~



*** PAVLOVA ***


bahan-bahan

4 biji putih telur
1 cawan gula halus
1 sdu besar tepung jagung
1 sdu teh esen vanila
1 sdu teh cuka


cara-cara buat

~pukul putih telur sehingga kembang
~masukan gula dan pukul lagi
~kmudian masukan cuka, esen vanila dan tepung jagung 
~kacau lagi dgn cara kaup balik aje....bukan dgn mixer
~masukan adunan ke dlm loyang yg telah dialas dgn kertas minyak
~panaskan oven n bakar pd suhu 140 drjah c....swlama 1 jam 15 minit...hingga kekuningan
~ bila dah sejuk bleh lah di keluarkan.....

bahan utk topping( krim)

250 gm whipping cream(pukul hingga kental)
buah kiwi, anggur, oren, dragon fruit...(potong dadu)

Ahad, 30 Jun 2013

resepi~ MURTABAK CRACKERS~



***MURTABAK CRACKERS***


bahan-bahan

1 paket biskut cream crackers
1 tin susu cair(utk celup biskut)
5 biji telur (utk celup biskut)

bahan-bahan inti

400 gm daging cincang
1 labu bawang besar(hiris)
1 sdu teh serbuk lada hitam
1 sdu teh serbuk jintan manis
daun sup & daun bawang
minyak utk menumis


cara-cara buat inti

~tumis bawang smpai garing kmudian masukan daging tadi dan goreng lagi smpai masak
~ masukan lada hitam dan jintan serta bahan perasa
~bila dah masak sejukan sekejap
~ambik biskut celupkan ke dlm susu n telur, kemudian susun dlm loyang selang seli dgn inti daging tadi
sehingga habis
~last skali taburkan daun sup n daun bawang
~panaskan oven dan bakar suhu 170 drjah, selama 30 minit
~bila dh sejuk bleh lah di keluarkan dari oven

bahan hiasan
~bawang goreng
~mayonis
~sos cili




~~~SELAMAT MENCUBA~~~

***MUFFIN PISANG***


***MUFFIN PISANG***


bahan-bahan...

350 gm gandum
3 biji telur
250 gm marjerin@butter
1 sdu teh esen pisang
1 sdu teh baking powder
1 sdu teh soda bikarbonat
1 cawan pisang (di lenyek)
250 gm gula halus
1 sdu teh garam
50 ml susu cair


cara-cara buat...

~pukul butter dan telur hingga kembang
~masukan susu, pisang,garam, esen, gandum dan smua bahan2 lain
~kacau lagi sehingga sebati
~masukan ke dlm acuan dan bakar selama 30 minit, suhu 160 drjah


~~~SELAMAT MENCUBA~~~

RESEPI ***CUP CAKE COKLAT***


***CUP CAKE (COKLAT)***

bahan-bahan...

2 cawan gandum
1 sdu teh baking powder
1 sdu teh soda bikarbonat
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan air panas 
2 biji telur
 2 sudu besar susu pekat manis


cara-cara buat....

~pukul telur dan gula sekejap...
~masukan susu, minyak, dan kacau lagi sehingga sebati
~kemudian masukan serbuk koko, gandum , kacau lagi
~ last masukan air panas
~masukan adunan ke dlm acuan dan bakar selama 20 minit, suhu 160 darjah


bahan utk TOPPING COKLAT.....

2 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
1 sdu teh esen vanila
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
1 cawan air panas
2 sudu besar tepung jagung


cara-cara buat...

~kacau semua bahan atas api sehingga sebati
~sejukan dan boleh lah di curah atas kek tadi



~~~SELAMAT MENCUBA~~~

***PUTERI AYU @ SERI AYU***


~~~PUTERI AYU @ SERI AYU~~~


bahan-bahan...

*4 biji telur
*2 cawan gula
*2 sudu teh ovelette
*2 cawan santan
*4 cawan gandum
* 2 sudu teh baking powder
*1 sudu teh esen pandan
*pewarna hijau
*kelapa parut (putih)
*1 sudu teh garam(gaul dgn kelapa)


cara-cara buat....

~pukul telur, gula. ovelette, esen pandan sehingga kembang
~masukan santan selang seli dgn gandum sehingga habis
~masukan pewarna hijau
~letak kelapa ke dlm acuan dan tekan , kemudian masukan adunan ke atas kelapa tadi
~kukus selama 15 minit
~bila dah sejuk boleh lah keluarkan dari acuan


~~~SELAMAT MENCUBA~~~

***APAM POLKADOT***


bahan-bahan....

*3 biji telur gred A
*275 gm gandum
*150 ml susu cair @susu segar
*220 gm gula halus
*2 sudu teh baking powder
*1 sudu teh ovellette
*1 sudu teh esen vanila
*pewarna
*inti jem 


cara-cara buat....


~pukul telur & gula hingga kembang selama 8 minit
~masukan esen vanila dan ovelette , pukul lagi....
~kemudian masukan gandum yg telah diayak bersama baking selang seli dgn susu sehingga habis
~sediakan acuan & paper cup saiz kecil
~letakan adunan separuh , pas tu masukan jem dan letakan separuh lg adunan
~buat kan dot2 dan kemudian kukus selama 15 minit dgn api sederhan


~~~SELAMAT MENCUBA~~~

resepi AISKRIM GORENG



***AISKRIM GORENG***


bahan-bahan

*10 keping roti (utk 5 biji )
*10 sudu besar aiskrim


cara-cara buat

*ambil sekeping roti, dan letakan aiskrim kat tengah2 nya
*kemudian ambil sekeping roti lg n letak atas aiskrim tadi
*ambik gelas yg bentuk bulat, kemudian terapkan ke atas roti tadi utk dapatkan bentuk bulat
* bila dah siap terus masukan ke dlm freezer semalaman biar jadi keras
*bila nak di goreng, panaskan minyak biar betul2 panas dan goreng lah selama 30 saat saja
*aiskrim goreng akan jadi ranggup n panas di luar & sejuk di dalam....


~~~SELAMAT MENCUBA~~~

~~~resepi MAKARONI SUP ~~~

~~~MAKARONI SUP~~~


bahan-bahan

250 gm makaroni (direbus)
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 sudu teh herba campur
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
200 gm sayur campur(carot, jagung n kacang pes)
100 gm isi udang@isi ayam ( saya tak letak)
2 sudu teh tepung jagung( utk pekatkan kuah)


cara-cara buat

*makaroni di rebus dahulu & toskan
*tumis bawang merah n putih sehingga naik bau, kmudian masukan sos cili, tomato, sos tiram
*bila dah garing masukan air dan masak smpai mendidih
*kemudian masukan herba campur, isi ayam @ udang dan sayur campur
*tepung jagung di campur dgn sedikit air dan dikacau sebati, pas tu masukan ke dlm sup tadi utk pekatkan nya
*akhir skali masukan makaroni ke dlm sup tadi dan bleh tutup api
*siap utk dihidangkan


~~~SELAMAT MENCUBA~~~

Sabtu, 29 Jun 2013

~~~APAM PELANGGI~~~ 
Bahan2.....
5 biji telur gred A
300gm tepung gandum
250ml santan kotak
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovellete
230gm gula halus
1 sudu teh esen vanila


cara2 buat....

*telur dan gula dipukul dgn kelajuan maksimum selama 8 minit,
*masukan ovelette & esen vanila dan pukul lg sampai gebu
*kemudian masukan gandum yg telah diayak bersama baking powder berselang seli dgn santan
* bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan letakan warna kesukaan
*sediakan loyang, kemudian sendukkan adunan tdi sehingga habis
* gunakan lidi utk mencorakkan adunan
*kukus selama 30 minit dgn api yg sederhana
*bila dah sejuk boleh lah di keluarkan dari loyang


~~~SELAMAT MENCUBA~~~